Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gaharu dibakar kemenyan berbau.Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.Pura-pura tidak tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau.Baru memperlihatkan keunggulannya bila perlu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buku gaharu.Orang yang memperlihatkan keunggulannya apabila perlu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga.Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas