Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah rompong belalai. | Raja yang tiada berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. | Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati, tulang setimbun. | Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |