Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lah] | ݢاله

Definisi : 1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu; bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll); bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; menggalah amat tinggi: tinggi ~;menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lah] | ݢاله

Definisi : 1 tongkat panjang yg dibuat drpd buluh atau kayu dan digunakan utk menjolok buah-buahan dll: Buah cempedak di luar pagar, ambil ~ tolong jolokkan. 2 sj tombak atau lembing yg digunakan utk memburu babi hutan. ~ canggah galah yg bercabang hujungnya. ~ pancang (unjam) galah yg dipancangkan utk menambat perahu. ~ panjang permainan kanak-kanak yg dimainkan oleh dua pasukan di atas petak-petak yg bergaris di atas tanah (simen dsb). ~ sanggamara galah yg berkait hujungnya utk mengait perahu. bergalah 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. sepenggalah setinggi atau sepanjang galah. matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7–8 pagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galah

Puisi
 

Duduk galah berdiri galah,
     Galah memusing haluan perahu;
Duduk salah berdiri salah,
     Hatiku runsing abang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Bagai galah dijual.

Bermaksud :

Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai galah di tengah arus.Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai galah dijual.Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurus lubang lurus penjolok.Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelimpanan mata dek pengelan.Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beras antah dikisik.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas