Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibilang genap, dipapar ganjil.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk tak genap, keluar tak ganjil.Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh.Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas