| Mengisi gantang pesuk. | Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemukut di tepi gantang. | Sesuatu yang tidak dihargakan sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengisi perian bobos. | Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |