Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam dikulum tak hancur. | Orang yang pandai menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi garam kepada laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasahkan garam sendiri. | Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor. | Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masin lagilah garam sendiri. | Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merasai asin garam. | Merasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak makan garam. | Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahu di asin garam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |