Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat daun pimping. | Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diminta tebu diberi tembarau. | Yang diberi berlainan daripada yang diminta. tembarau = gelagah, temerau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu. | Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memilih tebu dapat teberau. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |