Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk meng­gantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang); ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang I

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang.Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menambah gelang bini.Pemberian yang tak kelihatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki untut dipakaikan gelang.Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cincin dengan permata.Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas