Penghisap candu gelap. | Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang. | Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelam bagai malam dua puluh tujuh. | Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |