Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti orang kecabaian.Sangat gelisah. kecabaian = berasa panas pada mulut (tangan dan sebagainya) kerana kena cabai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak bara hangat.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak ayam kebasahan bulu.Gelisah resah; menjijikkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi terkurung siang.Sangat gelisah kerana tidak bebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kera (= monyet) kena belacan.Sangat gelisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti duduk dalam duri.Sangat gelisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai terpijak batu hangat.Sangat gelisah, tidak dapat tenang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tidur di atas miang.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cacing kepanasan.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terloncat-loncat bagai ulat pinang.Sangat gelisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas