Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1 suka makan banyak-banyak serta dgn gopoh dan kasar laku; lahap: Sungguhpun makanan itu tidak sedap tetapi oleh sebab perut lapar, kami makan juga dgn ~nya. 2 ki cepat-cepat atau gopoh (tidak cermat) dlm melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelojoh

Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti anjing makan masak mentah.Orang yang gelojoh tiada memilih baik ataupun jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama anjing makan muntahnya.Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas