Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. | Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |