| Bagai anjing melintang denai. | Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai si mandul mendapat anak. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul mendapat anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai kera mendapat pisang. | Sangat gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak kuda bulu kasap. | Anak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. | Gembira oleh kerana mendengar pujian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua tupai tak tidur atas tanah. | Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti cicak makan kapur. | Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |