Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya. | Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat. | Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai balak terendam. | Orang gemuk yang malas bergerak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sumpit dihentakkan. | Orang yang gemuk dan lembam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinggang rampin bagai ketiding. | Perempuan gemuk yang besar pinggangnya. ketiding = bakul besar tempat beras dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sumpit abu ditegakkan. | Orang gemuk, pendek dan lembam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai punggur rebah. | Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah berpaling. | Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |