Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.ta] | ݢنتا

Definisi : 1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll); ~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak ~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng; bergenta mempunyai genta: perisainya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.ta] | ݢنتا

Definisi : alat berongga spt cawan yg dibuat drpd logam dan berbunyi dgn kuat lagi nyaring apabila dipukul; loceng besar spt yg dipasang di gereja atau loceng kecil spt yg dipasang pd leher lembu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genta

Peribahasa

Masuk di dalam kawan gajah berdering.

Bermaksud :

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk di dalam kawan gajah berdering.Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas