Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah

Puisi
 

Naik ke darat memotong getah,
     Ambil sekerat ampaian kain;
Bagaimana tanah nak basah,
     Hujan menimpa di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak sama getah daun dengan getah batang.Kasih kepada anak sendiri tak sama dengan kasih kepada anak saudara. (Bandingkan dengan: Saya getah daun, dia getah batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Saya getah daun, dia getah batang.Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditakik getah di daun.Hidup melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang.Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berseleleran bagai getah di lalang.Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut kena ranjau (= getah).Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas