Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getahnya

Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Siapa makan nangka, maka kena getahnya.Siapa yang bersalah, harus dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya.Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya).Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai diurap dengan daun katang-katang.Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah.Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Bandingkan dengan: Seorang makan cempedak [= nangka], semua kena getahnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas