| Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lunak gigi daripada lidah. | Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggal gigi dengan lidah saja. | Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Punggung dipukul, gigi habis tanggal. | Lain yang disindir, lain yang merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila meminta: lembut gigi daripada lidah. | Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |