Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lo.ngan] | ݢولوڠن

Definisi : kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo.ngan] | ݢولوڠن

Definisi : himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golongan

Peribahasa

Seperti paruh dengan kepak.

Bermaksud :

Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau bersahabat cari sama babat.Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti paruh dengan kepak.Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan.Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila.Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas