Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gopoh] | ݢوڤوه

Definisi : sentiasa hendak lekas serta kurang berhati-hati ketika melakukan sesuatu. bergopoh-gopoh melakukan sesuatu dgn cepat dan tidak cermat; bergesa-gesa: Jangan ~, nanti jatuh. tergopoh-gopoh dlm keadaan bergopoh-gopoh; tergesa-gesa. Dgn ~, dia keluar dr bilik itu. kegopohan keadaan atau hal gopoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gopoh

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai buah keras di dalam sekul.

Bermaksud :

Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai buah keras di dalam sekul.Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar.Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas