Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula-gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Manis seperti (= laksana) gula derawa.Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (Bandingkan dengan: Manis bagai gula Jawa). gula derawa = air gula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli.Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gula di dalam mulut.Pekerjaan yang sangat mudah; sesuatu yang sudah dikuasai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada gula, ada semut.Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam gula Jawa.Biarpun hitam tetapi manis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manis bagai gula Jawa.Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat.Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manis laksana gula Sarawak.Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. (Peribahasa lain yang sama makna: Manis bagai gula Jawa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati semut kerana gula (= manisan).Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut mati di gula.Manusia tersemu dengan pujuk rayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas