Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah. | Pekerjaan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Babi merasa gulai. | Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gulai terlampau serai maung rasanya. | Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gulai lengkitang. | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. | Suka bertolong-tolongan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai babi merasa gulai. | Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kosong, dibuat gulai. | Keinginan timbul bila dalam kekurangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |