Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. | Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kena sentung pelali. | Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis manis sepah dibuang. | Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya. | Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tahu membalas guna. | Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adakah duri dipertajam? | Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju. | Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur (= menanam) biji di atas batu. | Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |