Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendengarkan (= harapkan) guruh di langit, air tempayan dicurahkan (= ditumpahkan). | Mengharapkan barang sesuatu yang belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta. | Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tagar di Pulau Sembilan. | Cakap terlalu tinggi dan sombong. tagar = guruh, guntur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |