Ditanaknya semua berasnya. | Semua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak dapat berjalan tegak, mengingsut-ingsut (engsot-engsot) sampai juga. | Jika tidak dapat mengerjakan sesuatu pekerjaan besar sekali gus maka kerjakanlah dengan perlahan-lahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. | Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |