Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis akal baru tawakal. | Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiga sudah berdiri habis. | Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |