Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hak;

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpelanting memilihi, terserak mengampungkan.Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak orang, anak orang juga.Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga dipetik, perdu ditendang.Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah pinta dibuat sempena.Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas