Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kamĀ­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halaman.

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang.Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman.Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas