Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hamba;

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Langit berkelikir,
     bumi bertemberang;
salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Bermaksud :

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah hamba diperhamba pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah basah kehujanan.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terjatuh dihimpit janjang.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas