Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berhambat-hambat, berham­bat-hambat­an berkejar-kejaran: lari ~; menghambat, memperhambat 1. mem­buru, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berhambat bergerak dgn langkah yg lebih cepat drpd berjalan; berkejar; berlari. berhambat-hambatan berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berkejar-kejaran. menghambat 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambat
Kata Terbitan : menghambat,

Peribahasa

Mengusik anjing tidur.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak badak dihambat-hambat.Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengusik anjing tidur.Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dihambat akar, dihambat dahan.Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjolok sarang tabuan.Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas