Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. | Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan bertanya sesat jalan. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat. | Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka. (Biasa juga: Merebut temiang belah). temiang = sebangsa buluh tipis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ara hanyut. | Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sampah hanyut. | Orang miskin yang hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terapung tak hanyut, terendam tak basah. | Belum ada sesuatu ketentuan (tentang perundingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam). | Persahabatan yang setia, sehidup semati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan bergalah, hanyut serantau. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |