Sungguh dioja, dipegang ekor. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. | Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai. | Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak. | Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati bak serangkak dibungkus. | Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pesan dituruti, petaruh dimalami (= berhunyikan), berserah berkehendak hati. | Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |