Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harap-harap

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sungguh dioja, dipegang ekor.Harap-harap percaya tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati.Harap-harap percaya tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak.Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati bak serangkak dibungkus.Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pesan dituruti, petaruh dimalami (= berhunyikan), berserah berkehendak hati.Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas