Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harapan;

Puisi
 

Penangan juadah di atas peti,
     Pinang selaya dari kota;
Putuslah sudah harapan hati,
     Gugur berderai si airnya mata.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Rendah gunung tinggi harapan.Harapan yang sangat besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi penghubung mata telinga.Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi penghubung kaki tangan.Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit runtuh, bumi cair.Segala harapan sudah musnah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terban bumi tempat berpijak.Putus harapan kerana kehilangan tempat bergantung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit runtuh, bumi telah terban.Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi dinding lasak peti manian.Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kemudi dengan (e)bamnya.Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas