| Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kambing harga dua kupang. | Tingkah lakunya seperti anak-anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Intan disangkakan batu kelikir. | Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tercocok hidung. | Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan. | Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |