Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. | Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. | Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau menyorokkan kuku. | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau memperlihatkan kukunya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau hendak menghilangkan jejaknya. | Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai harimau beranak muda. | Orang perempuan yang terlalu bengis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |