| Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harta orang hendak dikebas. | Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala. | Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rusa dijumpai tiada dikejar. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kura-kura kakinya tiada basah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laba tertinggal, harta lingkap. | Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |