Dahan pembaji batang. | Menggunakan harta benda tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemak penyelar daging. | Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencucup benak orang. | Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. | Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga. | Hanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |