Kerambil tumbuh di matanya. | Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, (Biasa juga: Dikiaskan kepada perempuan cantik yang kuyu matanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak usak kerbau oleh penyembelihan. | Tidak akan miskin orang hartawan yang berderma. usak = kurang; penyembelihan = daging upah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia. | Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |