Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, me­wangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keha­ruman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
harum (adjektif)
1. Dalam konteks bau
bersinonim dengan wangi, sedap, nyaman, semerbak, enak, raksi, resi,

2. Dalam konteks nama
bersinonim dengan termasyhur, terkenal, baik, dipuji, naik, terangkat,

Kata Terbitan : mengharum, mengharumkan, harum-haruman, keharuman,

Puisi
 

Pandan berbunga pandan,
     Pandan berlipat tidak berisi;
Harum juga bunga pandan,
     Harum di tangan kami tangisi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Harum semerbak mengandung mala.Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harum menghilangkan bau.Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak harum terlalu hangit.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga yang harum itu ada juga durinya.Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bau malaikat terhempas.Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk.Hilang yang baik, timbul yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak tinggi terlalu, jatuh.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak panjang terlalu, patah.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak masak langsung hangus.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas