Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya,
     mulut terdorong emas padahannya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat diisi, janji dilabuh.Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa yang berkata harus berkota.Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengail berumpan, berkata bertipuan.Harus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu. bertipuan = bermuslihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggenggam erat, membuhul mati.Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si bongsu pengindang antah.Semuanya harus bekerja kerana kemiskinan; tidak dapat dimanjakan. pengindang = penampi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Emas berpeti, kerbau berkandang.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau kandang, emas berpura.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ternak bergembala, parak berpagar.Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas