Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanu­siaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Batu Pahat perigi batu,
     Nampak dari Gunung Banang;
Tuan pergi hati tak tentu,
     Saya tinggal hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Batu pun empuk,
     jangankan hati manusia.

Bermaksud :

Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kaca terhempas ke batu.Hati yang hancur kerana dukacita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu pun empuk, jangankan hati manusia.Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kepiting batu.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya.Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Moncong penuh oleh air, perut berisi batu.Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air digenggam tiada tiris.Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas