Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hati-hati

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan.Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digenggam tiada tiris.Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang taksir hilang laba.Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menating minyak penuh.Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Silap mata, pecah kepala.Kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditating bagai minyak penuh.Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rosak tapai kerana ragi.Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membungkus tulang dengan daun talas.Menyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas