Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik. | Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. | Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digenggam tiada tiris. | Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang taksir hilang laba. | Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menating minyak penuh. | Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Silap mata, pecah kepala. | Kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditating bagai minyak penuh. | Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rosak tapai kerana ragi. | Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membungkus tulang dengan daun talas. | Menyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. | Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |