Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rupa harimau hati tikus. | Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah ke tengah makan api. | Perselisihan yang hebat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas. | Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti penjajap berpaling hendak hilir. | Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang. | Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |