Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. | Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut. | Tentang penyakit. Peribahasa lain yang sama makna: Datang seperti ribut, pergi seperti semut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan. | Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. | Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |