| Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bakar air hendakkan abu. | Pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati puyuh hendakkan ekor. | Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak. | Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada sirih hendak makan sepah. | Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bakarlah air ambil abunya. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |