Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : tidak dpt tidak; mesti; patut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah

Puisi
 

Hendaklah minum tidak bergula,
     Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
     Baiklah baik diikut juga.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengais hendaklah berkuku.

Bermaksud :

Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).

 

Lihat selanjutnya...(144)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengais hendaklah berkuku.Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar ikan hendaklah besar umpannya.Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Singkat diulas, panjang dikerat.Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah cotok melantingkan.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ulam hendaklah ada sambalnya.Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar umpan besar ikannya.Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar ikan hendaklah besar umpannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada jarum hendaklah ada benangnya.Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas