Dicocok orang hidungnya. | Menurut saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah berasap hidungnya. | Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jelongak kerbau rampung. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |