Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(120)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasih sepantun tulisan pinggan.Kasih yang tak hilang-hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati.Siapa yang berani akhirnya akan menang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tunggang hilang, tak hilang.Siapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang bahasa lenyap bangsa.Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang tukul hilanglah pahat.Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang sepuh nampak senam.Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas